Pengangkutan Ladang Qingjing
Pengangkutan persendirian
1. Melalui Lebuhraya No.3
Cadangan Laluan
Lebuhraya No.3 → Persimpangan 214K Sistem Wufeng → 0K Lebuhraya No.6 (Permulaan Lebuhraya No.6) → Jalan susur ke Puli (Pengakhiran Lebuhraya No.6) → Belok kiri dan ambil Jalan Raya Provinsi 14 → Wushe (Belok kiri di Persimpangan Y) → Jalan Raya Provinsi 14A → Ladang Qingjing
Ambil Lebuhraya No.3, bersambung kepada Lebuhraya No.6 melalui Persimpangan 214K Sistem Wufeng. Lanjutkan perjalanan kira-kira 39km sampai jalan susur ke Puli. Belok kiri dan bersambung kepada Jalan Raya Provinsi 14. Lanjutkan perjalanan kira-kira 21km sampai persimpangan Y di Wushe, belok kiri dan bersambung kepada Jalan Raya Provinsi 14A. Teruskan perjalanan kira-kira 8km dan anda akan tiba di Ladang Qingjing.
2. Melalui Lebuhraya No.1
Cadangan Laluan
Lebuhraya No.1 → Persimpangan 192K Sistem Changhua → Lebuhraya No.3 (ke arah selatan) → 214K Sistem Wufeng → 0K Lebuhraya No.6 (Permulaan Lebuhraya No.6) → Jalan susur ke Puli (Pengakhiran Lebuhraya No.6) → Belok kiri dan ambil Jalan Raya Provinsi 14 → Wushe (Belok kiri di Persimpangan Y dan ambil Jalan Raya Provinsi 14A) → Ladang Qingjing
Ambil Lebuhraya No.1, bersambung kepada Lebuhraya No.3 ke arah selatan melalui Persimpangan 192K Sistem Changhua. Lanjutkan perjalanan kira-kira 18km dan bersambung kepada Lebuhraya No.6 melalui Persimpangan 214K Sistem Wufeng. Lanjutkan perjalanan kira-kira 39km sampai jalan susur ke Puli. Belok kiri dan bersambung kepada Jalan Raya Provinsi 14. Lanjutkan perjalanan kira-kira 21km sampai persimpangan Y di Wushe, belok kiri dan bersambung kepada Jalan Raya Provinsi 14A. Teruskan perjalanan kira-kira 8km dan anda akan tiba di Ladang Qingjing.
Sila layari laman web untuk video masa nyata keadaan trafik lebuhraya.
3. Dari kawasan bahagian timur
Cadangan Laluan
Hualien → Jalan Raya Tengah-Timur (Jalan Raya Provinsi 8) → Dayuling → Jalan Raya Provinsi 14A → Gunung Hehuan → Cueifong → Ladang Qingjing
※ Notis Penting: 6K dan 12K Lebuhraya No.6 menuju ke arah Qingjing sering dipasang dengan kamera perangkap laju laser.
Pengangkutan awam
1. Kawasan Taipei
Dari Stesen Barat Kuo-Kuang → Puli → Tukar kepada Bas Nan Tou menuju ke arah Songgang, Cueifong dan Ladang Qingjing.
(Anggaran jarak lebih kurang 260 kilometer, dengan anggaran masa kira-kira 5 jam.)
Sila layari laman web Pengangkutan Motor Kuo-Kuang.
Sila layari laman web Bas Nan Tou.
2. Kawasan Taichung, Kawasan Puli
Stesen Keretapi Taichung
Naiki Bas Nan Tou [Taichung—Puli] yang berjadual 6 perjalanan setiap hari antara pukul 8:25 pagi hingga pukul 12:25 petang.
Naiki Bas Nan Tou [6670 Taichung—Stesen HSR Taichung—Puli—Yuchi—Tasik Sun Moon (Riyue Tan)], Bus Nan Tou/Taichung [6899 Taichung—Puli], Bas Chuan Hang [6268 Taichung—Puli], ke Stesen Pertukaran Puli (melalui Lebuhraya No.6). Bas berlepas setiap 20 hingga 30 minit.
Sila layari laman web TRA
3. Stesen HRS Taichung-Wuri
Dari Pintu Keluar No.5, naik Bas Nan Tou [Taichung—Puli] di Platform No.3. Bas tersebut berjadual 6 perjalanan setiap hari antara pukul 8:25 pagi hingga pukul 12:25 petang.
Naiki Bas Nan Tou [6670] ke Stesen Pertukaran Puli (melalui Lebuhraya No.6). Bas berlepas setiap 20 hingga 30 minit.
Sila layari laman web HSR Taiwan.
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Taichung
Naiki Bas Taichung [156 Stesen HSR Taichung-Lapangan Terbang Antarabangsa Taichung], berlepas ke Stesen HSR Taichung Wuri di Platform No.2 Terminal Antarabangsa B1 Floor. Bas tersebut berjadual 5 perjalanan setiap hari antara pukul 6:20 pagi hingga pukul 12:50 petang.
Tukar ke Bas Nan Tou [Taichung—Puli] ke Ladang Qingjing, atau naik [6670] ke Stesen Pertukaran Puli.
Sila layari laman web Lapangan Terbang Antarabangsa Taichung.
5. Stesen Pertukaran Puli
Naiki Bas Nan Tou [6658 Puli—Cueifong], [6659 Puli—Songgang], [6664 Puli—Ladang Qingjing] yang berjadual 13 perjalanan setiap hari antara pukul ^ pagi hingga 4:30 petang.
※ Laluan dan jadual waktu yang dinyatakan di atas hanya untuk rujukan. Untuk maklumat yang terkini, sila layari laman web syarikat-syarikat bas yang dinyatakan di atas.
Sila layari laman web Bas Nan Tou.
6. Bas Pelancongan OKBUS Taiwan
Bas terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taichung (Qingquan Gang)
Jadual waktu: Pukul 10:20 pagi, 12:00 petang, 2:30 petang.
Talian perkhidmatan: 049-2801518
Sila layari laman web OKBUS