:::

All FAQ

  • 1.Bagaimanakah pengunjung persendirian mengunjung ke Ladang Qingjing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Lapangan Terbang Antarabangsa Taichung dan Stesen HSR Kaohsiung?

    Dari Lapangan Terbang Antarabanga:
    Naiki bas antara ke Stesen HSR Taoyuan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan (perjalanan kira-kira 25 minit), dan mengambil HSR ke Stesen HSR Taichung (perjalanan kira-kira 40 minit). Naik Bas Nan Tou ke Ladang Qingjing di Pintu Keluar No.5 (perjalanan kira-kira 2 jam). Harga tiket bagi seorang individu adalah kira-kira NT$262 (harga sebenar tertakluk kepada pengumumam rasmi Syarikat Bas Nan Tou, tiket dibeli atas bas.)

    Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taichung
    Naiki Bas Taichung ke Stesen Keretapi Taichung (perjalanan kira-kira 90 minit), berjalan kaki selama kira-kira 10 minit ke Stesen Gancheng Taichung dan menaiki Bas Nan Tou ke Ladang Qingjing.

    Dari Stesen HSR Taichung
    Naiki Bas Nan Tou di Pintu Keluar No.5. Perjalanan kira-kira 2 jam. Harga tiket bagi seorang individu adalah kira-kira NT$262, tiket dibeli atas bas.
  • 2.Bagaimanakah pengunjung negara asing menempah hotel penginapan? Bagaimanakah pembayaran dan pengesahan deposit boleh dilakukan?

    Cara penempahan hotel penginapan untuk pengunjung negara asing adalah seperti berikut
    Sila hubungi talian tempahan hotel: 049-2802774
    Sila menempah hotel penginapan melalui laman web yang disediakan (deposit dibayar dengan kad melalui online sahaja). Harap maklum bahawa penempahan hotel melalui laman web hanya terbuka untuk penempahan Bilik 2 Orang Mewah dan Bilik 4 Orang Zen China.
    Sila hantarkan maklumat anda termasuk nama, no telefon dan e-mel, tarikh penempahan bilik, jenis dan bilangan bilik, ke e-mel khidmat pelanggan Hotel Qingjing Farm [email protected], pihak kami akan berhubung dengan anda secepat mungkin.
    Atau, anda boleh berhubung dengan Hotel Qingjing Farm melalui aplikasi komunikasi berikut, pihak kami akan berhubung dengan anda secepat mungkin.
    Whatsapp:+886-963807238
    QQ :  210095746
    LINE :@qingjingfarm
    SKYPE :hhhyhui
    Wechat:qingjingfarm
  • 3.Adakah perkhidmatan panduan dan penjelasan disediakan dalam kawasan ladang?

    Perkhidmatan panduan dan penjelasan oleh sukarelawan disediakan hanya untuk kumpulan pengunjung yang mempunyai lebih daripada 15 orang ahli. Proses tempahan: Permohonan kumpulan dibuat→Pemohon membuat panggilan kepada pihak kami→Pengesahan lokasi dan waktu perjalanan oleh pihak kami→Pengaturan ahli panduan
  • 4.Adakah persembahan biri-biri akan dibatalkan jika hujan?

    Persembahan akan berlangsung seperti biasa jika hujan tidak lebat. Namun, pengumuman pembatalan akan dibuat sekiranya berlaku taufan atau keadaan cuaca yang buruk.
  • 5.Berapa sesi persembahan biri-biri akan disediakan?

    2 sesi persembahan biri-biri disediakan di Padang Rumput Green Green, iaitu pada pukul 9:30 pagi dan pukul 2:30 petang semasa cuti umum. Waktu persembahan semasa cuti bersambung, cuti umum, cuti musim panas dan cuti musim sejuk, adalah sama dengan waktu persembahan semasa cuti umum. Harap maklum bahawa persembahan tidak disediakan pada hari Rabu semasa cuti musim panas dan cuti musim sejuk.
  • 6.Adakah kawasan perkemahan disediakan dalam kawasan Ladang Qingjing?

    Kawasan perkemahan termasuk Kawasan Anak Singa, Kawasan Biasa dan Kawasan Aktif disediakan di Taman Swiss Kecil Qingjing.
    Talian tempahan dan pertanyaan: 049-2803308

  • 7.Adakah kereta bayi disediakan untuk kanak-kanak dan bayi yang menginap di kawasan ladang?

    Perkhidmatan penyewaan kereta bayi ditawarkan di Hotel Qingjing Farm.
  • 8.Adakah tempahan perlu dibuat untuk menikmati makanan di restoran Cina dan restoran makanan barat dalam kawasan ladang?

    Tempahan makanan istimewa yang harus dibuat 3 hari sebelumnya. Tempahan makanan bukan wajib namun disyorkan dibuat untuk mengurangkan masa penungguan anda ketika jumlah pengunjung ramai pada musim cuti.
    Untuk tempahan makanan, sila hubungi: 049-2802748

  • 9.Apakah nama dan no telefon restoran di Hotel Qingjing Farm?

    Hotel Qingjing Farm menawarkan hidangan dan set makanan Cina di restoran Cina, dan menawarkan set makanan, stimbot dan hidangan stik di FarmCafe
    Sila hunbungi: 049-2802748 #9
  • 10.Adakah Ladang Qingjing menawar perkhidmatan penyewaan alat-alat pengangkutan seperti basikal dan motorsikal dalam kawasan ladang?

    Harap maaf, perkhidmatan penyewaan alat-alat pengangkutan seperti basikal dan motorsikal tidak disediakan.
  • 11.Adakah perkhidmatan bas antara disediakan untuk perjalanan ke Ladang Qingjing dari Taichung?

    Anda boleh menaiki bas terus ke Ladang Qingjing di Stesen Gancheng Taichung, atau menaiki bas menuju ke Songgang atau Cueifong di Stesen Pertukaran Puli.
    Untuk maklumat mengenai jadual bas, sila hubungi Syarikat Bas Nan Tou.
    Talian khidmat pelanggan: 049-2984031
    Sila layari laman web Syarikat Bas Nan Tou (Buka laman di halaman baru)
    http://www.ntbus.com.tw/en-cjfm.html
  • 12.Adakah perkhidmatan bas antara disediakan di antara pintu-pintu masuk Padang Rumput Green Green?

    Perkhidmatan bas antara Bas Nan Tou ditawarkan dari pukul 8 pagi hingga pukul 4:30 petang semasa cuti bersambung (berehat dari pukul 12 tengah hari hingga pukul 1 petang), berlepas dari Pusat Rekreasi Pelancong dan kembali setelah tiba di pondok tiket tempat letak kereta yang terletak di utara Padang Rumput Green Green.
    Bas tersebut berlepas apabila tempat duduk penuh. Harga tiket satu hala bernilai NT$20 bagi setiap individu dan harus dibayar melalui pelambungan duit syiling semasa menaik. Sila rujuk kepada jadual waktu sebenar bas antara di stesen.
  • 13.Bagaimanakah pengunjung persendirian mengunjung ke Ladang Qingjing dari Taichung?

    Anda boleh mengguna Pakej Pelancongan Ladang Qingjing 600, hasil kerjasama dengan Syarikat Bas Nan Tou.
    Pakej tersebut termasuk tiket bas pergi-balik dari Taichung ke Ladang Qingjing dan tiket masuk ke Padang Rumput Green Green. Dengan pakej tersebut, anda boleh menaiki bas terus ke Ladang Qingjing di Stesen Keretapi Taichung atau Stesen HSR Taichung, serta menikmati diskaun penginapan di Hotel Qingjing Farm sebanyak 40% bagi hari biasa atau 15% bagi hari cuti.
    Kaunter tiket: Stesen Gancheng Taichung untuk Bas Nan Tou, Pintu Keluar No.5 Stesen HSR Taichung Wuri
    Sila hubungi Syarikat Bas Nan Tou untuk maklumat mengenai perkhidmatan bas.
    Talian khidmat pelanggan: 049-2984031
    Sila layari laman web Syarikat Bas Nan Tou